2/23/13

Hilangkan Titik Hitam

Hari ni,
sekali lagi aku jengah blog ni,
kebetulan ...waktu aku nak bikin blog baru,

Jadi,
aku ucapkan 'hello',
kepada anda semua.
Ya, anda semua.

10/16/11

Sudah sampai masa

Aku rasa,
aku dah sampai masa,
buat blog baru dan lupakan blog yang ini,

mungkin jengah sekali sekala,
mungkin tak jengah-jengah lagi,
aku dah bosan,
bosan dengan cerita ini.

11/4/09

S

Dia aku kenal melalui kawan aku. Aku pernah contact dia (mesej, dan kadang-kadang dia telefon aku kalau dapat call free). Tapi, ok juga sebab dia ingat nak habiskan credit free tu dengan telefon aku.

Dia akan cari aku, kalau dia ada benda nak dapatkan dari aku-nota. Aku tak kisah kalau dia nak macam-macam dari aku. Tapi, aku kisah sebab aku ni macam alatan serba guna dia. Kalau nak guna, dia cari aku.

Aku tak yakin nak kata; "Aku sukakan kat S." Sebab aku macam tak 100% admire pada dia. Sebab aku tak pernah kenal hati budi dia. Aku tak pernah langsung keluar dating-tengok wayang, main bowling dll lagi dengan dia. Sebab tu aku tak kenal dia dan dia tak kenal aku.

Aku pernah offer pada dia, nak hantarkan ke bus stand. Tapi dengan motor cabuk aku jelah. Aku dah agak jawapan yang akan aku dapat. Semestinya tak nak.

11/2/09

ikan segar

Dia adalah ikan segar. Dia baru masuk. Aku jarang tengok muka dia sebelum-sebelum ni. Apa yang aku tau, dia budak baru. Baru habis sekolah, lepas tu masuk sini-tempat aku. Aku selalu nampak dia-waktu jalan balik dari kelas, nak ke kelas, waktu tengah makan, waktu nak outing...aku kerap jumpa (nampak) dia.

Aku macam suka dekat dia. Aku tak tahu, apa aku suka pada dia. Tapi, mulut aku selalu kata yang dia tu; "boleh tahan, not bad". Tapi, aku tak pernah tegur dia. Aku tak tau macam mana nak mula. Senang kata, aku segan.

Aku kerap terserempak dengan dia. Baru- baru ni di library, tapi aku cuma tengok dia. Aku rasa dia mesti tak perasan aku. "Ya, itu yang aku nak." Baju yang dia pakai warnanya yang agak menarik. Tapi, aku tak tau warna apa baju dia. Sebab aku memang tak banyak tau warna-warna yang lain daripada 12 warna basic tu.

8/15/09

Senang menjadi diri sendiri...

Untuk 2 3 hari ini, dia rasa senang dan bahagia bila dirinya tidak lagi menjadi diri orang lain...memang memenatkan bila menjadi diri yang lain.

Segala apa yang dilakukan rasa janggal dah kekok...walaupun sekadar bertanyakan "apa khabar?". walaupn pendek, tapi terasa begitu sukar untuk melafazkannya dalam nada orang lain...mahu melembutkan lidah dan bersopan santun lagi berlemah lembut memang menyusahkan bagi diri orang yang tidak seperti itu.

Lakonan ini terpaksa dijayakan demi menjadi diri orang lain yang lebih berkredit dan bernilai tambah pada pandangan orang lain...yang lebih memandang luaran dari dalaman.

Don't judge a book by its cover...

8/12/09

Dia cuba...

Kisah hidup dia tidaklah sehebat rangga dan cinta, cuma ia kisah-kisah kehidupan biasa yang selalu menjengah insan-insan biasa...kalau perkara itu boleh dikatakan sebagai kisah hidup...

Hari ini, dia terserempak dengan insan yang suatu ketika dulu selalu buatkan dirinya berasa sedikit dan kadang-kadang terlebih suka, namun kebelakangan ini halnya menjadi lain. Dia rasa bagaikan dirinya dipergunakan seadanya oleh insan itu. Ini satu perkara yang dia tak terjangkakan. Harapan dia sekadar mencari teman bicara, tapi lain hal dan niatnya dengan insan seorang ini, yang dia anggap istimewa dalam sudut hati dia...tapi kini tidak lagi.

Petang tadi, dia serasa ingin menguntum senyum untuk dihadiahkan kepada insan itu, tapi niat itu disimpan kemas dalam hati. Bukan disebabkan sombong, tapi bila memikirkan insan itu sekadar mempergunakan dia untuk keperluan di kala kesempitan dan memerlukan... Ditinggalkan bila tidak bermadu untuk dihisap. Dibiarkan terkapai-kapai dengan penuh tanda tanya di satu lorong gelap yang tidak berpenghujung...

Mengapa sekadar memperguna...
-adakah kerana insan itu, andai layak dipanggil insan ... sudah berpunya atau sekadar suka-suka untuk membuang masa.

8/11/09

Apa benda ni...

Hidung dia rasanya sedikit tersekat-sekat, ada bendalir cair akan mengalir perlahan-lahan keluar bila dia duduk, beransur sedikit bila dia berbaring... Kejadian ni berlaku bila saja dia bangun dari tidur..


Adakah dia dah terkena penyakit tu....yang kadang-kadang bila dia menarik bendalir tu secara paksa ke dalam hidung...bunyinya seakan sama dengan haiwan tu....


............srot.......srot......srot..........