7/31/09

bendera

Dah lama dia tak tengok bendera dinaikkan waktu pagi. Paling akhir, rasanya waktu darjah 6, bila naik sekolan menengah, perhimpunan diadakan dalam dewan. Jadi, tak ada tiang bendera, nyanyian hanya dengan iringan muzik...tanpa menaikkan bendera.

Tapi, sejak beberapa minggu lepas, peluang tu hadir semula... dia dapat saksikan semula setiap pagi Isnin waktu perhimpunan pagi.

Terkenang dia waktu dulu-dulu, waktu tu dia di alam persekolahan dulu... setiap kali acara me naikkan bendera ketika menyanyikan lagu negaraku, mata dia dan murid-murid lain hanya bertumpu pada tiang bendera, melihat pergerakan bendera yang bergerak mengikut kelajuan tarikan si penaik bendera. Melihat bukan untuk menghayati lagu Negaraku itu, tapi sebaliknya. Ada perkara lain yang lebih menarik perhatian.

Ketawa akan bergema...
bila bendera yang dinaikkan lambat daripada lagu ataupun lagu habis awal daripada bendera...apa yang mencuitkan hati dia ketika itu, bila bendera yang turun sikit-sikit ke bawah dan naik semula ke atas tuk habis sama-sama dengan lagu...dan ada juga bendera yang berdesup laju menuju puncak bila penaik bendera merasakan diri terlambat sampai ke puncak bendera.

Pada ketika itu, ketawa akan berdekah-dekah...menimbulkan suasana lucu...lucu bila dia ingatkan perkara tu balik... Walaupun sekarang tak sama macam dulu, tak lucu pun bila bendera lambat atau cepat dari lagu. Tapi, peristiwa ini mengingatkan dia pada peristiwa lucu di waktu dia di zaman sekolah rendah dulu.

7/23/09

Genap...

blog ini dan dia...
Pejam dan celik dah genap usia setahun (Julai 2008-Julai 2009), mungkin satu tempoh yg tak berapa lama.

Blog ini...
dah alami banyak kali proses transformasi, bermula dari layout yg kosong ditukar menajdi layout yang berwarna-warni hasil pertolongan seorang rakan bloggersnya. acapkali bertukar-tukar cara penulisan dan gayanya. Banyak post2 yang dah didelete dia dek satu kemeluatan yang kadang-kadang datang dan kadang pergi...silih berganti.

Blog ini...
dia harapkan ianya akan menjadi satu destinasi utknya meluangkan masa luangnya...
itu harapannya...biarlah tempoh usia setahun ini akan meningkat angkanya.

Ibarat putaran roda..

dia rasakan putaran roda yang selalu dia baca dan kadang-kadang sebut akan terjadi tak lama lagi....satu tempoh masa yang dia sendiri pun tak pasti. ya, hidup itu ibarat roda. kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah... adakah kita akan selalu berada di bawah buat selama-lamanya dan di atas untuk sepanjang masa dan usia...semua ni bagi dia satu ketentuan dari Maha Pencipta.

dia tak punya kuasa...

dia tak pasti, bagaimana untuk ungkapkan perkara yang semacam payah ini. mahu menyebut kadang-kadang dia rasa tak pasti dengan keyakinan diri dan butir kata yang akan keluar dari bicara. tapi dia dapat rasakan dan acapkali dia akan cuba untuk menghayati perkara ini...

7/16/09

TAG-siapa2 yang membaca ayat ini (anda telah diTAG)..




1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

daripada ; oryen - seorang yang meminati warna oren....


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag)

1. kebelakangan ni jarang bergiat cergas dalam berblogger.
2. siang hari, suka berangan sampai kadang2 apa yg dtonton langsung xfaham.
3. malam-malam suka mimpi, hanya harapkan mimpi2 yang seronok saja.
4. amat menyayangi sejenis kenderaan ber'plate' KAM
5. Suka relaks...kadang2 keadaan yang mengawal diri...(ni rasanya parah juga ni)
6. akan menghadapi alam pekerjaan xlama lagi..(insyaAllah)
7. akan melengkapkan pusingan roda kehidupan xlama lagi.
8. rindu bangat dengan alam sekolah.
9. sering diserang ulser mulut(walaupun dah berhati2 mengekangnya)
10. kebelakangan ni sering dilanda bayangan2 alam persekolahan ketikan sek rend...(sek menengah blum dibayangi lagi)

4. Anda perlu memilih 6-7 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.The Blogger Award Friendship goes to :

ta
k tau nak TAG sapa...member xramai sangat pun...:)hi2