8/15/09

Senang menjadi diri sendiri...

Untuk 2 3 hari ini, dia rasa senang dan bahagia bila dirinya tidak lagi menjadi diri orang lain...memang memenatkan bila menjadi diri yang lain.

Segala apa yang dilakukan rasa janggal dah kekok...walaupun sekadar bertanyakan "apa khabar?". walaupn pendek, tapi terasa begitu sukar untuk melafazkannya dalam nada orang lain...mahu melembutkan lidah dan bersopan santun lagi berlemah lembut memang menyusahkan bagi diri orang yang tidak seperti itu.

Lakonan ini terpaksa dijayakan demi menjadi diri orang lain yang lebih berkredit dan bernilai tambah pada pandangan orang lain...yang lebih memandang luaran dari dalaman.

Don't judge a book by its cover...

8/12/09

Dia cuba...

Kisah hidup dia tidaklah sehebat rangga dan cinta, cuma ia kisah-kisah kehidupan biasa yang selalu menjengah insan-insan biasa...kalau perkara itu boleh dikatakan sebagai kisah hidup...

Hari ini, dia terserempak dengan insan yang suatu ketika dulu selalu buatkan dirinya berasa sedikit dan kadang-kadang terlebih suka, namun kebelakangan ini halnya menjadi lain. Dia rasa bagaikan dirinya dipergunakan seadanya oleh insan itu. Ini satu perkara yang dia tak terjangkakan. Harapan dia sekadar mencari teman bicara, tapi lain hal dan niatnya dengan insan seorang ini, yang dia anggap istimewa dalam sudut hati dia...tapi kini tidak lagi.

Petang tadi, dia serasa ingin menguntum senyum untuk dihadiahkan kepada insan itu, tapi niat itu disimpan kemas dalam hati. Bukan disebabkan sombong, tapi bila memikirkan insan itu sekadar mempergunakan dia untuk keperluan di kala kesempitan dan memerlukan... Ditinggalkan bila tidak bermadu untuk dihisap. Dibiarkan terkapai-kapai dengan penuh tanda tanya di satu lorong gelap yang tidak berpenghujung...

Mengapa sekadar memperguna...
-adakah kerana insan itu, andai layak dipanggil insan ... sudah berpunya atau sekadar suka-suka untuk membuang masa.

8/11/09

Apa benda ni...

Hidung dia rasanya sedikit tersekat-sekat, ada bendalir cair akan mengalir perlahan-lahan keluar bila dia duduk, beransur sedikit bila dia berbaring... Kejadian ni berlaku bila saja dia bangun dari tidur..


Adakah dia dah terkena penyakit tu....yang kadang-kadang bila dia menarik bendalir tu secara paksa ke dalam hidung...bunyinya seakan sama dengan haiwan tu....


............srot.......srot......srot..........

8/6/09

Pejam celik

Pejam celik dah dekat enam minggu dia dekat tempat itu. Rasanya macam tak lama mana...sekejap saja. Tapi, macam-macam benda yang berlaku dan dilalui secara suka dan terpaksa. Banyak lakonan dilakonkan untuk menjadi diri orang lain...betapa letih.

Menjadi diri sendiri lebih mudah dari menjadi orang lain.