7/31/09

bendera

Dah lama dia tak tengok bendera dinaikkan waktu pagi. Paling akhir, rasanya waktu darjah 6, bila naik sekolan menengah, perhimpunan diadakan dalam dewan. Jadi, tak ada tiang bendera, nyanyian hanya dengan iringan muzik...tanpa menaikkan bendera.

Tapi, sejak beberapa minggu lepas, peluang tu hadir semula... dia dapat saksikan semula setiap pagi Isnin waktu perhimpunan pagi.

Terkenang dia waktu dulu-dulu, waktu tu dia di alam persekolahan dulu... setiap kali acara me naikkan bendera ketika menyanyikan lagu negaraku, mata dia dan murid-murid lain hanya bertumpu pada tiang bendera, melihat pergerakan bendera yang bergerak mengikut kelajuan tarikan si penaik bendera. Melihat bukan untuk menghayati lagu Negaraku itu, tapi sebaliknya. Ada perkara lain yang lebih menarik perhatian.

Ketawa akan bergema...
bila bendera yang dinaikkan lambat daripada lagu ataupun lagu habis awal daripada bendera...apa yang mencuitkan hati dia ketika itu, bila bendera yang turun sikit-sikit ke bawah dan naik semula ke atas tuk habis sama-sama dengan lagu...dan ada juga bendera yang berdesup laju menuju puncak bila penaik bendera merasakan diri terlambat sampai ke puncak bendera.

Pada ketika itu, ketawa akan berdekah-dekah...menimbulkan suasana lucu...lucu bila dia ingatkan perkara tu balik... Walaupun sekarang tak sama macam dulu, tak lucu pun bila bendera lambat atau cepat dari lagu. Tapi, peristiwa ini mengingatkan dia pada peristiwa lucu di waktu dia di zaman sekolah rendah dulu.

7/23/09

Genap...

blog ini dan dia...
Pejam dan celik dah genap usia setahun (Julai 2008-Julai 2009), mungkin satu tempoh yg tak berapa lama.

Blog ini...
dah alami banyak kali proses transformasi, bermula dari layout yg kosong ditukar menajdi layout yang berwarna-warni hasil pertolongan seorang rakan bloggersnya. acapkali bertukar-tukar cara penulisan dan gayanya. Banyak post2 yang dah didelete dia dek satu kemeluatan yang kadang-kadang datang dan kadang pergi...silih berganti.

Blog ini...
dia harapkan ianya akan menjadi satu destinasi utknya meluangkan masa luangnya...
itu harapannya...biarlah tempoh usia setahun ini akan meningkat angkanya.

Ibarat putaran roda..

dia rasakan putaran roda yang selalu dia baca dan kadang-kadang sebut akan terjadi tak lama lagi....satu tempoh masa yang dia sendiri pun tak pasti. ya, hidup itu ibarat roda. kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah... adakah kita akan selalu berada di bawah buat selama-lamanya dan di atas untuk sepanjang masa dan usia...semua ni bagi dia satu ketentuan dari Maha Pencipta.

dia tak punya kuasa...

dia tak pasti, bagaimana untuk ungkapkan perkara yang semacam payah ini. mahu menyebut kadang-kadang dia rasa tak pasti dengan keyakinan diri dan butir kata yang akan keluar dari bicara. tapi dia dapat rasakan dan acapkali dia akan cuba untuk menghayati perkara ini...

7/16/09

TAG-siapa2 yang membaca ayat ini (anda telah diTAG)..




1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

daripada ; oryen - seorang yang meminati warna oren....


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag)

1. kebelakangan ni jarang bergiat cergas dalam berblogger.
2. siang hari, suka berangan sampai kadang2 apa yg dtonton langsung xfaham.
3. malam-malam suka mimpi, hanya harapkan mimpi2 yang seronok saja.
4. amat menyayangi sejenis kenderaan ber'plate' KAM
5. Suka relaks...kadang2 keadaan yang mengawal diri...(ni rasanya parah juga ni)
6. akan menghadapi alam pekerjaan xlama lagi..(insyaAllah)
7. akan melengkapkan pusingan roda kehidupan xlama lagi.
8. rindu bangat dengan alam sekolah.
9. sering diserang ulser mulut(walaupun dah berhati2 mengekangnya)
10. kebelakangan ni sering dilanda bayangan2 alam persekolahan ketikan sek rend...(sek menengah blum dibayangi lagi)

4. Anda perlu memilih 6-7 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.The Blogger Award Friendship goes to :

ta
k tau nak TAG sapa...member xramai sangat pun...:)hi2

5/27/09

exam da abis...pencarian Dewa Pereksa pun terhenti.

aku ingin bertemu,
aku ingin meluahkan segala...
masalah, kesusahan dan keperitan.

aku sering mencari,
dalam tandas, di sudut situ,
setiap kali aku keluar dari dewan keperitan itu....

4/15/09

Hujan Renyai-Renyai

Hari ni hujan renyai-renyai…

start dari pagi sampai la ke tengahari ni. Tak ada kilat maupun guruh….hujan renyai-renyai jerk…bunyi kat atap pun tak ada lah bising sangat…tapi bising tu tetap ada.Bagi yang malas bangun dan kaki tido, ni ah satu anugerah bagi mereka....tido sampai mata tak boleh tutup lagi dah…sorry bagi mereka yang sewaktu dengannya…sekadar jenaka.

Dengan situasi dan keadaan yang sama….

tup-tup….(unsur kejutan, tapi tak ada terkejut sangat pun)

Tiba-tiba je teringat sebuah peristiwa 16 tahun lepas…mungkin satu tempoh yang tak berapa panjang bagi Aku utk mengingat. Berlaku di utara tanah air, di sebuah sekolah yang kesemuanya Melayu. Dalam sebuah kelas yang terdiri daripada budak-budak darjah satu (baru mendaftar beberapa bulan lepas), yang baru mengenal erti sekolah, dan huha-huha zaman tu…Salah seorangnya adalah Aku.

Ada satu peristiwa ketika tu yang paling Aku tak boleh lupa, bila Aku terpaksa belajar dalam kelas tanpa pakai baju. Tapi seluar still lagi pakai lah…hi2J.

Aku ingat lagi waktu tu, baju sekolah yang aku pakai disidai cikgu aku kat belakang kelas kat dawai tempat gantung carta-carta ABC.

katanya: “ kesian kat hang no…tu la, awat tak mai lepas hujan sikit…kalau hujan, mai lewat sikit taka pa”. dialog dia dalam loghat utara.

Sebenarnya, aku bukan kena hujan waktu on the way ke sekolah…tapi, aku dah tak tahan sangat dah tengok air hujan waktu lepas bacaan doa waktu pagi tu kat tepi kelas. Sebenarnya…Aku pantang.(pantang hujan, mesti aku nak main air hujan). Kebetulan waktu tu aku pakai jaket ala-ala Azroy Gila-Gila Remaja tu…saja nak test power jaket tu. Aku ingat tak basah…hu2J.Rupa-rupanya kuyup dan lencun.

Tu kenangan aku dulu-dulu…

Cikgu kelas darjah satu aku tu pun dah pencen dah tahun lepas, kalau tak silap aku…

Hujan…Hujan… Kalaulah zaman tu boleh patah balik...

7/5/08

Perjalanan sejuta batu bermula dengan langkah pertama...

yahooo...:).

Tak tahu entah gatal tangan kat mana, malam ni patik terhegeh2 nak buat blog ni...mungkin terpengaruh dgn member-member lain atau sesaja nak buang masa. Patik pun musykil...

Dipendekkan cerita drp cerita yg panjang berjela-jela. Sebenarnya patik pun tak tahu nak buat blog ni utk apa. Nak temakan apa. Nak letakkan url apa. semuanya patik tak pasti, juz letak suka2 saja. Mungkin, selepas ini patik tido n mimpikan tema yang best2 dan layan2 utk blog patik ni... weeehooo...

Maaf kalau ada idea patik yg mengecilkan hati sesapa. atau meninggikan hidung sesapa.:)..semua mungkin secara kebetulan.

Makluman:
Blog ini tak ada kena mengena dengan sesapa yang masih hidup, akan hidup atau yang telah mati dan akan mati. Dan mungkin mati dan hidup semula dengan menjelma dengan bentuk hantu pochong..bukan puchong kat Selangor tu... apa2 pun faham sendiri aje la. that's it.

Mungkin setakat tu saja untuk patik membiasakan diri dengan blog ni. Harap2 sesapa yg ada pengalaman dlam pnulisan blog ni dapat berkongsi idea dan pendapat dengan patik..patik alu-alukan diri anda. Welcome...:)


crete;
11/7/08
11.51 pm